Sunday, February 25, 2007

SOTO

















Bahan2nya:

nasi himpit
sup
sambal kicap
bahan hiasan
bergedel

Untuk Sup:
I ekor ayam
5 ulas bawang merah dihiris halus
10 ulas bawang putih dihiris halus
2cm halia diketuk
4 batang serai diketuk
1 peket sup bunjut
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
2 helai daun pandan
Daun sup secukupnya
garam secukup rasa

caranya:
Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.
Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.
Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

Bahan2 bergedel:

1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk
1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk
bawang goreng secukupnya
daun sup seckupnya
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Caranya mudah je...Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.

sambal kicap:

segenggam cili/ ikut citarasa
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi
kicap kipas udang secukupnya.

caranya:
masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna.

bahan hiasan:
taugeh dicelur
daun sup dimayang halus
soohun goreng
bawang goreng

Cara menghidang:

hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya.
pastinya bila makan soto ni mak mertua lalu belakang pun tak sedar...

Rainbow marble pudding Blackmore


















Resepi kali ni Umi ambil dari resepi Diana...memang best puding ni.Umi buat dalam bekas kecil2 dan makan bersama fruit koktel.Thanks Diana.
Umi cuma copy n paste dari bog Diana....sorry Diana, ape pun mesti cuba jangan tak cuba, rugi.Memang sesuai untuk dessert.

RAINBOW MARBLE PUDDING BLACKMORE

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.

5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.

6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

KUIH SRI MUKA
































Bahan Pulut:
2.5 cups beras pulut
Santan elok2 tenggelam beras
Garam dan gula secukupnya

Tanak pulut seperti biasa
Bila dah masak, masa panas2 tu masukkan ke dalam loyang dan tekan padat

Bahan SeriKaya:
2 biji telur saiz besar
Gula secukupnya (ikut citarasa kalau suka manis lebihkan gula)
Santan dan air
4 helai Daun pandan
3 tbs tpg gandum
Pewarna kuning/hijau.

Masukkan semua dlm blender. Banyaknya santan dan air tu ikut cukupkan batter pada paras 2.5 cup (sukatan pada blender). Peringatan! Cawan ikut American standard punya cup.

Lepas tu tapis, dan masukkan ke dalam loyang yg berisi pulut yg sudah di tekan. Tutup loyang dgn aluminum foil. Kukus selama 1 jam
Bila dah masak sejukkan dan bolehlah dipotong dan hidangkan

KEK CHIFFON PANDAN


















Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je)
10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan)

Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.

3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)

5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Nota: Saya tak blend pun daun pandan buh esen pandan dan pewarna hijau je...ni kira penyakit malas dah mai la ni.

Sunday, February 11, 2007

Bahulu Gulung Mini Coklat Strawberry

















Hari ni bangun pagi anak2 dah request nak makan kek coklat. Bila tengok stok kat dapur banyak yang tak de, so untuk tak menghampakan diorang Umi pun bergegas le buat bahulu gulung mini coklat strawberry. First time try but not bad. Anak2 dah pegang pinggan tunggu Umi nak potong kuih, sian anak Umi…Lapar yea. Kepada sesiapa yang nak cuba ini resepinya.

Bahan-bahannya:

2biji telur
50gm gula halus
10gm tepung jagung
15gm serbuk coklat
25gm tepung gandum
½ sudu teh ovellete
25gm mentega (cairkan)
½ sudu teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya.

Caranya:

1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko then ayakkan

2.pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.(pastikan betul2 kembang)

3.Masukkan bahan2 yang diayak tadi gaul perlahan hingga tepung hilang dari
pandangan.

4.Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan.Gaul sebati.

5.Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang telah dilapik kertas, adunan lebih
kurang setinggi 2cm.

6.Bakar dalm oven selama 10 minit suhu 180ºc.

7.Angkat dan balikkan ke atas kertas roti yang telah ditabur gula halus atau serbuk koko.

8.Sapukan jem ¾ adunan lalu digulung kemas dan wrape dengan cling film.Boleh dipotong dan dihidangkan bila sudah sejuk.

Selamat mencuba...Umi pun bila try berdebar je kalau tak jadi tapi insyaallah bila kita buat dengan betul dan yakin pasti menjadi. Nampaknya raya nanti takyah dah nak beli bahulu gulung,hehe…

KUIH CAKOI

















Hari ni pikir2 nak buat ape untuk minum petang…teringat pulak resepi kuih cakoi dari Mamafami yang dah lama waiting list untuk dicuba. So hari ni buat kuih cakoi cicah ngan sambal tumis,best resepi mamafami ni thanks mama. kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resepinya…

Bahan-bahan:

400gm tepung gandum (umi guna tepung cake)
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum)
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.


Hubby memang suka makan cakoi ni. Dah try banyak resepi tapi kurang menjadi la..tp bila try resepi Mama ni mudah dan menjadi. Alhamdulillah.

Sunday, February 4, 2007

CUCUR BADAK

















Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (kisar)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.

KERABU SOTONG

















Jom kita buat kerabu sotong…kerabu sotong ni banyak versi tapi yang Umi nak cerita di sini kerabu sotong dengan timun, makan ngan nasi panas2 memang best tak cukup sepinggan, resepi ni Umi ambil dari Nina FP, tapi Umi dah ubah ikut selera family Umi thanks Nina for the delicious recipe..

1/2kg sotong (digoreng tanpa minyak)
1 biji timun (potong halus memanjang)
1 biji bawang besar (Potong dadu)
3 biji tomato dibuang biji(potong dadu)
6 biji cilia pi (potong halus) leh tambah kalau nak pedas
4 biji limau kasturi (diambil amirnya)
Sos tiram sikit(resepi asal sos ikan tapi tak de )
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Caranya tersangatlah mudah gaulkan semua bahan2 di atas …rasakan masam manis dan masinnya…sedia untuk dihidang.

KUAH KACANG

















Di sini Umi sertakan resepi kuah kacang yang Umi belajar dari bonda tersayang…terima kasih Bonda .

1kg kacang tanah(digoreng dan ½ blend halus dan ½ lagi kasar)
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 biji buah keras
2cm halia
20 biji cili kering ( terpulang kalau nak pedas leh tambah lagi)
Sedikit belacan(tapi Umi selalu ganti ngan ikan bilis)

2cm lengkuas dititik
4 batang serai dititik
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (kalau nak kuah kacang yang agak manis tambah gula lebih sikit,Umi selalu guna gula kabung tp gula biasa pun best gak)

Caranya:

Kisar halus bahan2 yang diboldkan di atas ( hehe..malas tul nak taip), inilah cara Umi masak kuah kacang tak tau la sama ke tak dengan cara anda semua,ok kita start masak…panaskan minyak dalm kuali, masukkan bahan2 yang dikisar halus,serai dan lengkuas yang dititik agak2 dah naik bau..masukkan air asam jawa, and then kita masukkan garam dan gula (yang ni agak2 je,nanti bila dah masuk kacang leh tambah lagi kalau kurang umph).Sekarang kita masukkan kacang dan gaul rata…lepas tu kita tambah air sikit agak-agak 2 cawan okla,biarkan kuah kacang ni hingga pecah minyak dan sekali sekala kacau takut hangit bawah dia, rasakan masam manis dan masin nya, bila dah pekat tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sate atau nasi himpit, senangkan.Jom cuba….

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

















Bahan-bahannya

170.1gm butter
396.9gm gula halus
3 biji telur ayam

*Bahan2 ini digaul bersama dan ayakkan:

226gm tepung high protein/ gandum
63.8gm serbuk koko
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
11/2 sudu kecil baking powder
197.4gm air sejuk (baru keluar dari peti ais)

*Bahan2 ini dibancuh bersama:

1 sudu kecil Nescafe
1 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla(boleh juga diganti dengan esen oren)
1 sudu kecil chocolate/coffe paste/emulco

caranya:

1.Guna mixer, pukul butter dan gula hingga betul2 kembang
2.Masuk telur satu persatu pukul lagi
3.masukkan campuran yang dibancuh
4.Peringkat ni gunakan whisker atau spatula:
-masukkan bahan2 yang diayak sikit2 gaul satu arah hingga tepung hilang dari pandangan
-masukkan air sejuk dan gaul perlahan hingga rata.
5.Alas loyang dengan paper bake dan sapu butter
6.Kukus kek selama 11/2 jam dan tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak jatuh ke dalam kek.
7.Bakar pun boleh…suhu170°c selama 50-60minit.

Cubalah …insyaallah kalau buat dengan cara yang betul keputusannya pasti tak menghampakan…kalau nak lebih chocolaty lagi leh buh topping…250gm coklat masakan campur ngan 50ml susu cair,masakkan hingga secara double boiler dan tuangkan atas kek.selamat mencuba….

Saturday, February 3, 2007

SATE ISTIMEWA

















Hai... Hari ni Umi buat jamuan hari ulang tahun ke-2)putera Umi yang kedua Mohammad Amir Hakim. Umi jemput bos dan kawan-kawan Umi jer. Umi buat sate istimewa. Ni ha resepinya cubalah mesti best. Resepi ini dari suami Umi. Cubalah.

Bahan-bahan:

1. Ayam 2 ekor (besar)
2. Lengkuas 2cm
3. Halia 2cm
4. Bawang merah 10 biji
5. Bawang Putih 10 ulas
6. Madu lebah (sesedap rasa)
7. Kunyit hidup 2cm
8. Serai 4 batang
9. Garam secukup rasa
10.Gula secukup rasa

Caranya:

1. Mesin semua bahan di atas (kecuali madu, gula dan garam) hingga lumat
2. Ayam dipotong dadu (kecil)
3. Gaulkan semua bahan termasuk madu tadi bersama ayam
4. Tambah sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa
5. Perapkan selama 5 - 6 jam. Biasanya umi perap semalaman letak kat peti sejuk

Bahan untuk disapu semasa panggang sate istimewa:

1. 3 Ulas bawang merah
2. Halia dalam 1 cm
3. Kicap
4. Minyak masak
5. Bawang putih
6. Air lebihan perap satay
7. Gula, garam dan madu lebah

Caranya:

1. Tumbuk bawang merah/putih, halia hingga lumat
2. Masukkan kedalam bekas
3. Tuang air lebihan perap satay
4. Tambahkan kicap, gula, garam dan madu lebah
5. Masukkan minyak masak
6. Gaul semua bahan tadi dan sapukan ke satay istimewa semasa panggang.

Bila keluar dari peti tu umi biarkan dalam 10 minit sebelum panggang. Kalau nak lagi sedap gunakan arang. Baru rasa sate ni original. Macam Samuri gitu.. ok selamat mencuba.

P/s. Semua bahan di atas boleh dapat dalam 150 cucuk sate.

Please leave your comment

Friday, January 26, 2007

KEK BUTTER

Sorry ler..sebab lama tak update blog ni. Umi sibuk melayan dua putera Umi di rumah lasak betul. Bila Umi pegang je laptop mulalah dua-dua tu nak menolong. Resepi kali ni Umi sempat tulis tupun jenuh juga nak mengelak serangan dari dua putera Umi.kali ni Umi nak tampal satu resepi yang memang best dan mudah untuk dicuba.Resepi ni Umi ambil dari jo’s Deli Bakery. Kepada penggemar kek butter rugi tak cuba….,

Cake Butter

Bahan-bahan

160gm butter
150gm gula halus
3 biji telur saiz sederhana ( Umi guna 2 biji telur bersaiz besar )
140gm tepung serbaguna (diayak)
30gm tepung jagung (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
80ml susu (Umi guna susu cair )

caranya;

1.Panaskan oven pada suhu 170ºc-180ºc dan sediakan loyang yang dilapik dengan paper bake
2.Campurkan semua bahan dalam mixing bowl,Pukul dengan low speed sehingga semuanya rata.
3.Tambahkan kelajuan pada medium speed dan pukul hingga adunan menjadi creamy dan putih.
4.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
5.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit atapun golden brown.
6.Biarkan 5 minit sebelum disejukkan atas redai besi.


Nota:

Cara di atas adalah cara sebenar mengikut resepi jo’s tapi Umi buat ikut cara Umi jer…sebab Umi punya mixer bukannya heavy duty takut tak menjadi maklumlah budak baru belajar, mixer murah..Ok ini cara yang Umi buat….pukul butter dan gula hingga kembang masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang, masuk susu cair,esen vanilla dan campuran tepung yang telah diayak dengan baking powder.Kemudian pukul semua adunan dengan medium speed lebih kurang 3 minit.Alhamdulillah menjadi elok Umi bubuh colour sebab nak tarik perhatian anak-anak , buat macam kek zebra.Anak2 memang suka.Siap cakap sedapla Umi….nak lagi.

Sunday, January 14, 2007

PISANG GORENG ALA BUNDA

















Em..lama tak post resepi bz sikit ler,ari ni Umi buat breakfast simple jer tapi memang power tak percaya, boleh cuba sendiri. Ini resepinya.

BAHAN-BAHANNYA:
10 biji pisang (pisang ape2 je yang sedap digoreng)
3 senduk tepung gandum
air secukupnya
gula merah
serbuk kayu manis
chese cheddar (diparut)

Caranya:
1. Campur tepung gandum dan air secukupnya untuk menggoreng pisang.Goreng pisang sampai masak, golden brown ler kata omputih. Bila dah masak angkat dan susunkan dalam pingan.

2. Campurkan gula merah dan serbuk kayu manis, gaul rata. Setelah itu taburkan atas pisang goreng tadi sama rata.

3. Akhir sekali Parutkan cheese cheddar ke atas pisang yg telah ditabur dgn campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secukupnya. Lepas tu apa lagi makan la....marbelesss.


Memang best rasa pisang goreng ni my husband makan sampai separuh pinggan...kepada sesiapa yg ingin merasa kelainan pisang goreng ni silakan. Gambar masih belum dapat disertakan.

Saturday, January 6, 2007

BINGKA KASTARD

Ingredients:

2 cups flour
½ cup custard powder
2 eggs
1 cup sugar
½ cup margarine – melted
1 tin evaporated milk (410ml)
4 cups pandan juice
Green colouringEnough sesame seeds – fry without oil

Method :

1. Pre-heat oven at 180ºc for 10 minutes
2. Mix the above ingredients, except sesame seeds, and put htrough a strainer.
3. Grease baking pan with a bit of oil and pour the mixture into the baking pan.
4. bake for 1 hour or until cooked
5. Once out of the oven, sprinkle the sesame seeds o top
6. Leave to cool before cutting

Wednesday, January 3, 2007

KEK KASTARD CHIFFON

1) Lapisan gula hangus

60gm Gula halus / kasar (umi selalu buat 50gm jer sebab nak kurangkan manis)

caranya:

Bakar dalam loyang bulat dengan api perlahan hingga cair jangan sampai hangit. Biarkan sejuk dan keras

2) Lapisan kastard

95 gram gula halus(umi selalu buat 90 gram je)
220 gram susu cair
3 biji kuning telur

caranya:
Gaulkan semua bahan dalam bekas lain dan rehatkan

3) Lapisan kek chiffon:

100 gram tepung naik sendiri
55 gram gula halus
35 gram minyak jagung (kekadang umi ganti ngan butter cair je, ok gak)
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
95 gram air

caranya:

Campur semua bahan basah dan masukkan ke dalam tepung yang telah diayak, gaul higga rata.ketepikan.

Dalam bekas lain:

5 biji putih telur (baki telur yang digunakan di atas)
1 gram krim tartar
55 gram gula halus

caranya:

Pukul putih telur dengan krim tartar hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga lembut dan pekat.

Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung tadi.Gaul adunan perlahan-lahan hingga sebati.

Ok,nak mula masak dah ni…..

1) Panaskan oven
2)Tuang adunan kastard ke dalam loyang yang dah sedia dengan gula hangus tu.
3) Tuang adunan chiffon perlahan-lahan ke atas adunan kastard
4) Letak loyang ke dalam dulang yang berisi air lebih kurang ½ inci.
5) Bakar pada suhu 180ºc,45 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba…hasilnya memang memuaskan sedap juga kalau di makan bersama buah koktel.

KEK KUKUS 7 UP

Resepi hari ni Umi listkan satu resepi yang memang best, Resepi ni Umi ambil dari Blog Chetam..mula2 buat dah menjadi, sekarang kek ni dah menjadi salah satu kegemaran keluarga umi. Lagi satu bestnya kek ni tak payah nak pakai butter. jimat belanja. Kepada sesiapa yang berminat nak mecuba ini resepinya.

5 Biji telur
220gm gula halus
150gm tepung kek (Blukey)
150gm tepung gandum biasa
½ sudu besar ovallete
180gm air 7up / sprite / soda ( sekadar untuk menghaluskan tekstur dan lembut)
2 sudu besar susu pekat manis
pewarna ikut citarasa

Caranya:

1.Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula sampai kembang (patikan betul-betul kembang) masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang
3. Masuk susu pekat manis
4. Masukkan tepung yag telah diayak dan diselang selikan dengan air 7up tadi
5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan ikut citarasa
6. Kukus dulu adunan warna asal dalam 5 hingga 7 minit
7. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buat yang seteusnya hingga habis.
8. Kalau boleh lapisan jangan terlalu tebal, sedang-sedang je….nanti bila potong nampak cantik.

Selamat mencuba……..

Monday, January 1, 2007

KUIH DANGAI

















BAHAN-BAHANYA:-

1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.

3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.

P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.

Umi dah banyak kali buat kuih ni. Setiap kali Umi buat gerenti menjadi punyalah. Family Umi suka kuih ni. Sukatan bahan di atas untuk sajian seisi keluarga. Umi selalu buat separuh bancuhan jer.

Selamat mencuba

APAM BERAS

Resepi ni adalah hadiah istemewa dari emak Umi yang tersayang. Bila Umi buat Apam ni mesti umi ingat dekat emak .Umi suka Apam Beras ni.

Bahan-bahanya:-

1 cawan tapai
1 cawan gula
3 cawan tepung beras
2 cawan air suam
½ camca besar mauripan
Sedikit garam
Eno ½ peket

Caranya:-

1. Blender semua bahan kecuali Eno
2. Simpan dalam 2 jam
3. Bila nak kukus, Masukkan eno (pastikan air dah mengelegak)
4. Masuk kedalam acuan dan kukus 15 hingga 20 minit.

Selamat mencuba. Sila bagi komen untuk resepi ni.