Sunday, December 31, 2006

KEK BATIK

Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula
2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.

Resepi ni selalu Umi buat, mudah jer dan memang sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Bila balik ke kampong tu memang ramai yang minta resepi ni.

Selamat mencuba

7 comments:

Anonymous said...

1 mug tu brapa ml?

Anonymous said...

kalau tabur kelapa kering n kacang tanah ( yg hancur) kat atas kek ni lagi sedap

Anonymous said...

mmmm sdapnyer...

Anonymous said...

salam, umi kalo xder koko kte lbihkn milo boleh x? rsenya sedap jugak ke or rse laen?hehehe

Anonymous said...

Thanks for info, I am always looking for something interesting on the Internet, i want to send
photos for your blog

smk said...

EM KEK NI MEMANG SEDAP

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk online casinos[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]online casinos[/url] manumitted no deposit hand-out at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]loosen casino
[/url].