Monday, January 1, 2007

KUIH DANGAI

















BAHAN-BAHANYA:-

1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.

3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.

P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.

Umi dah banyak kali buat kuih ni. Setiap kali Umi buat gerenti menjadi punyalah. Family Umi suka kuih ni. Sukatan bahan di atas untuk sajian seisi keluarga. Umi selalu buat separuh bancuhan jer.

Selamat mencuba

2 comments:

Norhani Abdul Rahman said...

Assalamualaikum,
saya ni teringin sangat nak makan kuih dangai ni. semua bahan ada kecuali kelapa, boleh tak saya gantikan dengan oat yang saya kisar?

Umiamir said...

.salam..emm sesuatu yang menarik.saya rasa boleh, sebab rasanya pun lbih kuran sama. nanti dah try bagi feedback ye