Saturday, February 3, 2007

SATE ISTIMEWA

















Hai... Hari ni Umi buat jamuan hari ulang tahun ke-2)putera Umi yang kedua Mohammad Amir Hakim. Umi jemput bos dan kawan-kawan Umi jer. Umi buat sate istimewa. Ni ha resepinya cubalah mesti best. Resepi ini dari suami Umi. Cubalah.

Bahan-bahan:

1. Ayam 2 ekor (besar)
2. Lengkuas 2cm
3. Halia 2cm
4. Bawang merah 10 biji
5. Bawang Putih 10 ulas
6. Madu lebah (sesedap rasa)
7. Kunyit hidup 2cm
8. Serai 4 batang
9. Garam secukup rasa
10.Gula secukup rasa

Caranya:

1. Mesin semua bahan di atas (kecuali madu, gula dan garam) hingga lumat
2. Ayam dipotong dadu (kecil)
3. Gaulkan semua bahan termasuk madu tadi bersama ayam
4. Tambah sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa
5. Perapkan selama 5 - 6 jam. Biasanya umi perap semalaman letak kat peti sejuk

Bahan untuk disapu semasa panggang sate istimewa:

1. 3 Ulas bawang merah
2. Halia dalam 1 cm
3. Kicap
4. Minyak masak
5. Bawang putih
6. Air lebihan perap satay
7. Gula, garam dan madu lebah

Caranya:

1. Tumbuk bawang merah/putih, halia hingga lumat
2. Masukkan kedalam bekas
3. Tuang air lebihan perap satay
4. Tambahkan kicap, gula, garam dan madu lebah
5. Masukkan minyak masak
6. Gaul semua bahan tadi dan sapukan ke satay istimewa semasa panggang.

Bila keluar dari peti tu umi biarkan dalam 10 minit sebelum panggang. Kalau nak lagi sedap gunakan arang. Baru rasa sate ni original. Macam Samuri gitu.. ok selamat mencuba.

P/s. Semua bahan di atas boleh dapat dalam 150 cucuk sate.

Please leave your comment