Saturday, January 6, 2007

BINGKA KASTARD

Ingredients:

2 cups flour
½ cup custard powder
2 eggs
1 cup sugar
½ cup margarine – melted
1 tin evaporated milk (410ml)
4 cups pandan juice
Green colouringEnough sesame seeds – fry without oil

Method :

1. Pre-heat oven at 180ºc for 10 minutes
2. Mix the above ingredients, except sesame seeds, and put htrough a strainer.
3. Grease baking pan with a bit of oil and pour the mixture into the baking pan.
4. bake for 1 hour or until cooked
5. Once out of the oven, sprinkle the sesame seeds o top
6. Leave to cool before cutting

Wednesday, January 3, 2007

KEK KASTARD CHIFFON

1) Lapisan gula hangus

60gm Gula halus / kasar (umi selalu buat 50gm jer sebab nak kurangkan manis)

caranya:

Bakar dalam loyang bulat dengan api perlahan hingga cair jangan sampai hangit. Biarkan sejuk dan keras

2) Lapisan kastard

95 gram gula halus(umi selalu buat 90 gram je)
220 gram susu cair
3 biji kuning telur

caranya:
Gaulkan semua bahan dalam bekas lain dan rehatkan

3) Lapisan kek chiffon:

100 gram tepung naik sendiri
55 gram gula halus
35 gram minyak jagung (kekadang umi ganti ngan butter cair je, ok gak)
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
95 gram air

caranya:

Campur semua bahan basah dan masukkan ke dalam tepung yang telah diayak, gaul higga rata.ketepikan.

Dalam bekas lain:

5 biji putih telur (baki telur yang digunakan di atas)
1 gram krim tartar
55 gram gula halus

caranya:

Pukul putih telur dengan krim tartar hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga lembut dan pekat.

Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung tadi.Gaul adunan perlahan-lahan hingga sebati.

Ok,nak mula masak dah ni…..

1) Panaskan oven
2)Tuang adunan kastard ke dalam loyang yang dah sedia dengan gula hangus tu.
3) Tuang adunan chiffon perlahan-lahan ke atas adunan kastard
4) Letak loyang ke dalam dulang yang berisi air lebih kurang ½ inci.
5) Bakar pada suhu 180ºc,45 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba…hasilnya memang memuaskan sedap juga kalau di makan bersama buah koktel.

KEK KUKUS 7 UP

Resepi hari ni Umi listkan satu resepi yang memang best, Resepi ni Umi ambil dari Blog Chetam..mula2 buat dah menjadi, sekarang kek ni dah menjadi salah satu kegemaran keluarga umi. Lagi satu bestnya kek ni tak payah nak pakai butter. jimat belanja. Kepada sesiapa yang berminat nak mecuba ini resepinya.

5 Biji telur
220gm gula halus
150gm tepung kek (Blukey)
150gm tepung gandum biasa
½ sudu besar ovallete
180gm air 7up / sprite / soda ( sekadar untuk menghaluskan tekstur dan lembut)
2 sudu besar susu pekat manis
pewarna ikut citarasa

Caranya:

1.Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula sampai kembang (patikan betul-betul kembang) masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang
3. Masuk susu pekat manis
4. Masukkan tepung yag telah diayak dan diselang selikan dengan air 7up tadi
5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan ikut citarasa
6. Kukus dulu adunan warna asal dalam 5 hingga 7 minit
7. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buat yang seteusnya hingga habis.
8. Kalau boleh lapisan jangan terlalu tebal, sedang-sedang je….nanti bila potong nampak cantik.

Selamat mencuba……..

Monday, January 1, 2007

KUIH DANGAI

















BAHAN-BAHANYA:-

1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.

3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.

P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.

Umi dah banyak kali buat kuih ni. Setiap kali Umi buat gerenti menjadi punyalah. Family Umi suka kuih ni. Sukatan bahan di atas untuk sajian seisi keluarga. Umi selalu buat separuh bancuhan jer.

Selamat mencuba

APAM BERAS

Resepi ni adalah hadiah istemewa dari emak Umi yang tersayang. Bila Umi buat Apam ni mesti umi ingat dekat emak .Umi suka Apam Beras ni.

Bahan-bahanya:-

1 cawan tapai
1 cawan gula
3 cawan tepung beras
2 cawan air suam
½ camca besar mauripan
Sedikit garam
Eno ½ peket

Caranya:-

1. Blender semua bahan kecuali Eno
2. Simpan dalam 2 jam
3. Bila nak kukus, Masukkan eno (pastikan air dah mengelegak)
4. Masuk kedalam acuan dan kukus 15 hingga 20 minit.

Selamat mencuba. Sila bagi komen untuk resepi ni.

Sunday, December 31, 2006

KEK BATIK

Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula
2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.

Resepi ni selalu Umi buat, mudah jer dan memang sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Bila balik ke kampong tu memang ramai yang minta resepi ni.

Selamat mencuba