Sunday, February 4, 2007

CUCUR BADAK

















Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (kisar)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.

KERABU SOTONG

















Jom kita buat kerabu sotong…kerabu sotong ni banyak versi tapi yang Umi nak cerita di sini kerabu sotong dengan timun, makan ngan nasi panas2 memang best tak cukup sepinggan, resepi ni Umi ambil dari Nina FP, tapi Umi dah ubah ikut selera family Umi thanks Nina for the delicious recipe..

1/2kg sotong (digoreng tanpa minyak)
1 biji timun (potong halus memanjang)
1 biji bawang besar (Potong dadu)
3 biji tomato dibuang biji(potong dadu)
6 biji cilia pi (potong halus) leh tambah kalau nak pedas
4 biji limau kasturi (diambil amirnya)
Sos tiram sikit(resepi asal sos ikan tapi tak de )
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Caranya tersangatlah mudah gaulkan semua bahan2 di atas …rasakan masam manis dan masinnya…sedia untuk dihidang.

KUAH KACANG

















Di sini Umi sertakan resepi kuah kacang yang Umi belajar dari bonda tersayang…terima kasih Bonda .

1kg kacang tanah(digoreng dan ½ blend halus dan ½ lagi kasar)
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 biji buah keras
2cm halia
20 biji cili kering ( terpulang kalau nak pedas leh tambah lagi)
Sedikit belacan(tapi Umi selalu ganti ngan ikan bilis)

2cm lengkuas dititik
4 batang serai dititik
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (kalau nak kuah kacang yang agak manis tambah gula lebih sikit,Umi selalu guna gula kabung tp gula biasa pun best gak)

Caranya:

Kisar halus bahan2 yang diboldkan di atas ( hehe..malas tul nak taip), inilah cara Umi masak kuah kacang tak tau la sama ke tak dengan cara anda semua,ok kita start masak…panaskan minyak dalm kuali, masukkan bahan2 yang dikisar halus,serai dan lengkuas yang dititik agak2 dah naik bau..masukkan air asam jawa, and then kita masukkan garam dan gula (yang ni agak2 je,nanti bila dah masuk kacang leh tambah lagi kalau kurang umph).Sekarang kita masukkan kacang dan gaul rata…lepas tu kita tambah air sikit agak-agak 2 cawan okla,biarkan kuah kacang ni hingga pecah minyak dan sekali sekala kacau takut hangit bawah dia, rasakan masam manis dan masin nya, bila dah pekat tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sate atau nasi himpit, senangkan.Jom cuba….

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

















Bahan-bahannya

170.1gm butter
396.9gm gula halus
3 biji telur ayam

*Bahan2 ini digaul bersama dan ayakkan:

226gm tepung high protein/ gandum
63.8gm serbuk koko
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
11/2 sudu kecil baking powder
197.4gm air sejuk (baru keluar dari peti ais)

*Bahan2 ini dibancuh bersama:

1 sudu kecil Nescafe
1 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla(boleh juga diganti dengan esen oren)
1 sudu kecil chocolate/coffe paste/emulco

caranya:

1.Guna mixer, pukul butter dan gula hingga betul2 kembang
2.Masuk telur satu persatu pukul lagi
3.masukkan campuran yang dibancuh
4.Peringkat ni gunakan whisker atau spatula:
-masukkan bahan2 yang diayak sikit2 gaul satu arah hingga tepung hilang dari pandangan
-masukkan air sejuk dan gaul perlahan hingga rata.
5.Alas loyang dengan paper bake dan sapu butter
6.Kukus kek selama 11/2 jam dan tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak jatuh ke dalam kek.
7.Bakar pun boleh…suhu170°c selama 50-60minit.

Cubalah …insyaallah kalau buat dengan cara yang betul keputusannya pasti tak menghampakan…kalau nak lebih chocolaty lagi leh buh topping…250gm coklat masakan campur ngan 50ml susu cair,masakkan hingga secara double boiler dan tuangkan atas kek.selamat mencuba….