Sunday, February 4, 2007

CUCUR BADAK

















Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (kisar)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.

3 comments:

cikgu azleen said...

wow.. bestnye ada resipi kuih melayu asli ni.. konfirm sedap yer?? nanti saya nak add blog ni kat technorati list dan juga ke www.jamuonline.com once saya try the recipe dan sedap..

Anonymous said...

thanks for your comment cikgu azleen. Sebenarnya resepi ni mak Umi yang ajarkan. Kira resepi dari kampung ler tu.
Terima kasih juga kerana nak add blog ni. Harap dapat manfaat dari blog Umi . Umi akan tambah lagi resepi melayu asli sedikit masa lagi. Jadi selalu2 lah masuk ok.

Salam dari Umi.

cik kedondong said...

tuan tanah, tumpang ambil gambar dan resepi..minta izin ya? trima kasih bagi rsepi menjadi.