Sunday, February 25, 2007

KEK CHIFFON PANDAN


















Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je)
10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan)

Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.

3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)

5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Nota: Saya tak blend pun daun pandan buh esen pandan dan pewarna hijau je...ni kira penyakit malas dah mai la ni.

7 comments:

Anonymous said...

ida sayang,
serononya bila jumpa resepi nie, masa kecik2 dulu kakak selalu buat kek nie tap sekarang dia dah hilang resepinya . malam nie juga nak cuba buar tq....

Anonymous said...

Umi Amir ,
Kalau tak nak pakai santan/susu cair pakar air daun pandan jer boleh tak....
- Ida sayang

Anonymous said...

http://www.halalguide.info/2009/03/20/titik-kritis-kehalalan-bahan-pembuat-produk-bakery-dan-kue/

Anonymous said...

salam umi,
nk pakai api yg mne 1? ats bwh @ api bwh jer? rmai dh lina tnye tpi semenye bagi jawapan yg berbeza..plezzzz...

FaiRuZa HaMZaH said...

Umi Amir, kek tu nak kene bakar berapa lama?

Anonymous said...

SDP NMPK..NAK TRY LA..NAK BUAT NOTE SUPAYA X LUPA...HEHEHE..THANKS YE

kainsachen said...

Harrah's Cherokee Casino Resort Opens Its Doors in Cherokee
Harrah's Cherokee Casino Resort has begun 충주 출장샵 opening its doors 안성 출장안마 with a new facility Thursday, May 슬롯 나라 29, as 세종특별자치 출장안마 part 삼척 출장샵 of the Eastern Band of Cherokee Indians'