Monday, January 1, 2007

APAM BERAS

Resepi ni adalah hadiah istemewa dari emak Umi yang tersayang. Bila Umi buat Apam ni mesti umi ingat dekat emak .Umi suka Apam Beras ni.

Bahan-bahanya:-

1 cawan tapai
1 cawan gula
3 cawan tepung beras
2 cawan air suam
½ camca besar mauripan
Sedikit garam
Eno ½ peket

Caranya:-

1. Blender semua bahan kecuali Eno
2. Simpan dalam 2 jam
3. Bila nak kukus, Masukkan eno (pastikan air dah mengelegak)
4. Masuk kedalam acuan dan kukus 15 hingga 20 minit.

Selamat mencuba. Sila bagi komen untuk resepi ni.

2 comments:

Anonymous said...

mana gambarnya umi? Nk tanya apam ni merkah tak kat atasnya. Saya buat kebanyakannya tak merkah

kelambu_nyamuk said...

untuk dapatkan apam merekah, kena guna api kuat. cuba lah.