Wednesday, January 3, 2007

KEK KUKUS 7 UP

Resepi hari ni Umi listkan satu resepi yang memang best, Resepi ni Umi ambil dari Blog Chetam..mula2 buat dah menjadi, sekarang kek ni dah menjadi salah satu kegemaran keluarga umi. Lagi satu bestnya kek ni tak payah nak pakai butter. jimat belanja. Kepada sesiapa yang berminat nak mecuba ini resepinya.

5 Biji telur
220gm gula halus
150gm tepung kek (Blukey)
150gm tepung gandum biasa
½ sudu besar ovallete
180gm air 7up / sprite / soda ( sekadar untuk menghaluskan tekstur dan lembut)
2 sudu besar susu pekat manis
pewarna ikut citarasa

Caranya:

1.Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula sampai kembang (patikan betul-betul kembang) masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang
3. Masuk susu pekat manis
4. Masukkan tepung yag telah diayak dan diselang selikan dengan air 7up tadi
5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan ikut citarasa
6. Kukus dulu adunan warna asal dalam 5 hingga 7 minit
7. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buat yang seteusnya hingga habis.
8. Kalau boleh lapisan jangan terlalu tebal, sedang-sedang je….nanti bila potong nampak cantik.

Selamat mencuba……..